Cara Pulihkan Rumah Dari Gangguan Jin | Gangguan jin ni boleh berlaku dimana-mana .Selalunya jin suka tinggal dirumah yang kosong, rumah yang tiada bacaan al quran dan solat . Jin ni kita tak tahu dia datang dari mana . Mungkin dari pokok yang ada di sekitar rumah / bangunan atau mungkin juga yang ikut kita balik ketika kita singgah berehat di mana - mana terutamanya selepas waktu maghrib .
Cara Pulihkan Rumah
Bila jin dah duduk atau tinggal di dalam rumah atau bangunan dan kita pula nak menduduki rumah dan bangunan itu, kita perlulah 'bersihkan' mereka dahulu . Ini supaya jin tesebut tidak menganggu ahli keluarga kita atau pengguna bangunan tersebut . Tapi perlu diingat, kita perlu hantar mereka pergi dengan cara yang baik sebab mereka boleh berdendam sekiranya mereka rasa terancam dan teraniaya.
Berikut adalah panduan cara pulihkan rumah dari gangguan jin oleh Ustaz dari Pusat Perubatan Islam al Mujahidin
Ramai tanya saya Ustaz boleh datang rumah untuk pulihkan rumah dari gangguan jin??
Ustaz boleh datang pulihkan kedai saya?? Ramai orang kata saya tak buka kedai bila lalu depan kedai saya. Macam mana nak buat ya ustaz?
Saya minta maaf sangat-sangat ramai yang nak saya datang ke rumah untuk pulihkan rumah dan permis perniagaan. tapi masa saya hendak ke rumah anda amat terhad.
.
Di sebabkan ramai yang bertanya bagaimana nak buat pulihkan rumah di bawah saya ajarkan bagaimana cara mudah untuk pulihkan rumah mengelakkan dari gangguan makhluk halus.
.
Ambil Air kolah masjid 2
➡1 botol 1500ml
➡Lada Hitam 1pack kecil Dan Garam Halus 1bungkus
.
Cara Caranya :
.
1-buka pintu tingkap rumah depan belakang,
2-kemudian Azan di dalam rumah tersebut. Azan setiap bilik rumah, dapur dan ruang tamu. Selesai Azan.
3-Campurkan garam halus dan lada hitam dalam 1 piring contoh seperti dalam gambar di bawah.
Manakala Air kolah masjid di buka penutup botol tersebut lalu baca seperti di bawah:
4- kemudian baca :
.
Baca Al Fatihah 11x
Ayat qursi 11x
Al Ikhlas 11x
kemudian Sambung Zikir Di Bawah Baca sebanyak 3x dan
selawat 11x
.
5- Selesai baca garam halus di tabur setiap bucu rumah lebihkan tabur di bilik air tandas.
6-Tabur secubit garam tersebut setiap bucu di sekeliling rumah anda.
7-Selesai tabur ambil air kolah masjid pula masuk kan di dalam botol spray.
8-Kemudian spry kan sekeliling rumah anda, pastikan dinding rumah anda di spry. Lebihkan juga spry di bilik air dan tandas rumah anda.
.
Buat lah dengan yakin Inshaa Allah izin Allah rumah anda terhindar dari gangguan makhluk halus.
Sebaik punya pendinding adalah banyak kan amalan zikir di dalam rumah tersebut, banyakkan baca Al quran di dalam rumah, solat berjemaah dan perbanyakkan solat sunat di dalam rumah...InshaaAllah itulah Sebaik-sebaik pendinding. Kerapkan juga Azan di dalam rumah anda inshaaAllah izin Allah di dalam rumah tersebut bebas dari gangguan makhluk halus.
.
Manakala di permis perniagaan pula kerap kan pasang ayat suci al quran di dalam kedai. Ada masa kita sendiri yang baca Al quran di dalam kedai. Banyakkan baca surah Al waqiah untuk murah rezeki, banyakkan Solat sunat dhuha inshaaAllah izin Allah rezeki anda bertambah. Kedai anda, tapak perniagaan inshaaAllah akan semakin maju.
.
Apa pun semua cara di atas adalah sebagai iktiar sahaja semua atas izin Allah.
Semoga bermafaat untuk kita semua , sekiranya bermafaat untuk org lain pula .
Moga di permudahkan semuanya ... Aamiin
.
➡Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
saya mohon izin menggunakan panduan ini ustaz
ReplyDelete