Assalamualaikum ...
Uthman Bertadabbur Dengan Rasulullah | Uthman Ibn Affan sangat bertuah kerana mendapat bimbingan hidup secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. . Baginda Rasulullah memastikan bahawa para sahabat Baginda , termasuk Uthman Ibn Affan , dididik daripada satu sumber yang menjaminkan kesejahteraan para sahabat di dunia dan akhirat iaitu al-Quran .
Uthman Bertadabbur Dengan Rasulullah
Uthman Ibn Affan yang sering berada di sisi Rasulullah s.a.w. mendengar sendiri lafaz ayat - ayat suci dari bibir pemimpin agung ini . Ayat - ayat yang dilafazkan Baginda s.a.w. memberi impak maha hebat pada Uthman Ibn Affan .
Al- Quran adalah teman hidup Uthman Ibn Affan . Sungguhpun dia hafaz al-Quran , namun sehari tidak akan berlalu begitu sahaja tanpa dia menatap kitab suci ini .
Uthman Ibn Affan bersama Abdullah ibn Mas'ood mempelajari kitab ini daripada Rasulullah s.a.w. Mereka menatap sepuluh ayat , menganalisis ayat - ayat tersebut , menggali pengetahuan dan ilmu daripada sepuluh ayat berkenaan dan membincangkan bagaimana dapat diaplikasikan hikmah ayat - ayat berkenaan dalam kehidupan seharian mereka .
Uthman Ibn Affan
Uthman Ibn Affan terkenal kerana kekayaannya tetapi tidak lokek dengan harta dunia yang dimilikinya . Dalam perang Tabuk , Uthman Ibn Affan membekalkan tentera Islam dengan 940 ekor unta , 60 ekor kuda selain membekalkan 10 ribu dinar untuk kelengkapan perang tentera Islam dengan peralatan perang .
No comments:
Post a Comment