Benarkah Amalan Ini Melariskan Perniagaan ? - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Wednesday, April 18, 2018

Benarkah Amalan Ini Melariskan Perniagaan ?


Benarkah Amalan Ini Melariskan Perniagaan ?| Ramai orang suka berniaga kerana berniaga itu sunnah. Ramai juga yang percaya, bila iklankan barang pasti ada yang akan membeli. Sebenarnya menjual barang tidak semudah itu. Untuk menjual barang, anda perlu ada teknik, taktik, doa dan usaha.

Amalan Dan Bacaan Untuk Melariskan Perniagaan


Seorang Prof Bernama Mustaman Bin Mustafa telah berkongsi dilaman Facebook nya tentang amalan dan bacaan melariskan perniagaan yang diajarkan oleh seorang gurunya di malaysia beberapa tahun yang lalu dan beliau menerima juga dari seorang guru di Thailand beberapa bulan yang lepas.

Amalannya mudah sahaja seperti berikut :

Sebelum anda ingin membuka pintu kedai atau melakukan promosi barang jualan, anda perlu lakukan perkara berikut terlebih dahulu.

Bacalah
1-Surah Al-Fatihah 1x
2-Selawat ke atas nabi 7x / 11x.
3-Baca Surah An-Nashr 3x.

Benarkah Amalan Ini Melariskan Perniagaan ?

Apabila anda membaca sehingga ayat "wa roaitannaa sayadkhuluna fi dinillahi afwaa jaa", maka segeralah niat dalam hati supaya ramai pelanggan yang datang masuk dan tengok semua barang jualan anda seperti mana ramainya kaum Kuffar Makkah yang memeluk agama Islam setelah kemenangan Makkah.

Tahukah anda, Surah ini menceritakan tentang ramai Kuffar Mekkah yang telah memeluk agama Islam apabila Allah memberi kemenangan kepada umat Islam di kota Makkah. Mereka ini berpuak-puak dan berkumpulan-kumpulan dari golongan Kuffar memeluk agama Allah.

Selain amalan dan bacaan untuk melariskan perniagaan, guru beliau turut berpesan supaya memperbanyakkan bertasbih, memuji Allah dan meminta ampun sepanjang menjalankan perniagaan.

Semoga perkongsian dari prof. Mustaman bin Mustafa tentang amalan dan bacaan melariskan perniagaan yang sudah menjadi perkongsian ramai difacebook ini dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua. Asuncion ya Mujib

Sesungguhnya ilmu itu milik Allah. Kita hanya berkongsi dengan menyebarkan. 


No comments:

Post a Comment