Cara Tayamum Yang Betul - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Thursday, May 12, 2016

Cara Tayamum Yang Betul


Assalamualaikum ...

Cara Tayamum Yang Betul | Bismillah . Tayamum ialah perbuatan menyapu debu tanah ke muka dengan menggunakan kedua-dua belah tangan mengikut syarat-syarat tertentu . 
Tayamum

Syarat-syarat Tayamum


1- Tiada Air

Ketika bermusafir , setelah yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari lagi . Jika ia ragu-ragu , kemungkinan air itu ada ataupun tidak , maka wajib mencarinya dengan syarat aman daripada segala bahaya .

Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air itu menyebabkan habis waktu solat atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya , maka bolehlah ia bertayamum . Jika punca air terlalu jauh , maka tidak wajib mencarinya dan bolehlah bertayamum .

2-  Keuzuran Kerana Sakit

Tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh ataupun bertambah sakit . 

3- Air Diperlukan Untuk Keperluan Yang Lebih Penting

Air itu ada tetapi diperlukan untuk minuman atau keperluan binatang yang dihormati . 

4- Dilakukan Setelah Masuk Waktu

Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamum itu darurat .

Firman Allah yang bermaksud :

" Dan jika kamu sakit , atau sedang dalam musafir atau salah seorang antara kamu datang dari tempat buang air , atau kamu bersentuh dengan perempuan , kemudian kamu tidak mendapat air ( untuk mandi atau berwuduk ) , maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang suci iaitu sapukanlah ke muka kamu dengan kedua-dua belah tangan kamu .
( Surah al-Nisa' : 43 )

5- Mengetahui Arah Kiblat Yang Sebenar Sebelum Bertayamum6- Menggunakan Debu Tanah Yang Suci

Menggunakan debu tanah yang bersih lagi suci . Kalau bercampur dengan tepung atau pasir , tidak harus menggunakannya .

Rukun Tayamum


1- Lafaz

Tayamum

Berniat itu adalah semasa hendak memindahkan debu itu ke muka atau semasa menepuk debu itu .

2- Menyapu debu tanah ke muka

3- Menyapu debu tanah di tangan ( dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang disapu ke muka tadi ) sehinggalah ke siku . ( Walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu sampai ke siku , memadai di pergelangan tangan sahaja ) . 

4- Tertib

PERINGATAN
Debu tanah yang hendak disapu ke tangan hendaklah tidak bercampur dengan tanah yang telah disapu ke muka .

Perkara Sunat Tayamum


1- Membaca basmalah2- Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri3- Berturut-turut


Perkara - Perkara Yang Membatalkan Tayamum


1- Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah juga membatalkan tayamum.2- Murtad3- Mendapat air . 

Sekiranya telah memperolehi air setelah bertayamum , tetapi belum solat , perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan bersolat . Sekiranya sesudah bersolat ( dengan bertayamum ) tiba-tiba adanya air , solat tadi tidak wajib diulangi . 


PERINGATAN
Setipa tayamum hanya boleh mengerjakan stu solat fardu dan beberapa solat sunat sahaja.








No comments:

Post a Comment