Wakaf | Amalan-amalan sunat yang melibatkan harta seperti sedekah , wakaf dan hibah adalah menjadi amalan kegemaran Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun terutama bulan Ramadhan . Amalan-amalan ini sebenarnya mudah dilakukan tetapi menjadi sukar kerana penyakit ' hubbul dunia ' ( sayangkan dunia ) dan memerlukan pengorbanan yang besar dalam menyerahkan harta ke jalan Allah s.w.t. Antara sedekah yang paling baik adalah mewakafkan harta ke jalan Allah s.w.t.
Hukum Wakaf Dan Keperluannya
Wakaf bererti memberikan harta yang kita miliki kepada alan Allah s.w.t. untuk mencari redha-Nya . Dalam erti kata lain , kita menahan harta kita daripada menjadi milik kita selamanya dan menyerahkannya kepada badan-badan yang menguruskan wakaf bagi kepentingan umat Islam keseluruhnnya .
Hukum
Hukum berwakaf adalah sunat . Namun , perkara-perkara sunat seperti inilah yang susah orang Islam melaksanakannya . Sebenarnya , perkara sunat inilah yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. dan akan menampung ibadat-ibadat wajib kita yang lain . Mengikut Imam Asy-Shafi'i , sebaik-baik sedekah adalah wakaf .
Keperluan Umat Islam
Wakaf boleh menjana ekonomi umat Islam . Wang-wang yang diwakafkan akan diterjemahkan dalam bentuk aset kekal seperti kompleks Islam , masjid , maahad tahfiz , rumah anak-anak yatim dan sebagainya . Aset kekal ini akan menjadi hak milik umat Islam selamanya .
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah di Turki , di sebalik kekuatan mereka adalah wakaf . Kira-kira 2/3 tanah di Turki pada masa itu adalah tanah wakaf . Itulah rahsia kegemilangannya .
Selain itu , apa-apa sahaja harta yang kita sumbangkan pada jalan Allah s.w.t. akan menjadi saham kita di akhirat kelak . Sedekahkan atau wakafkan harta yang paling baik yang kita ada . Kalau ada tanah , wakafkan tanah yang paling subur dan berpotensi untuk dimajukan . itu adalah sebaik-baik wakaf .
Orang Bukan Islam
Hukum berwakaf bagi orang bukan Islam adalah harus dan dibenarkan . Para ulama Asy-Syafi'i berpendapat , wakaf seseorang bukan Islam sah walaupun bukan niat bertaqarrub ( mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. ) .
Mereka akan diberi ganjaran atas sedekahnya di dunia , namun di akhirat habuannya masih lagi tergantung selagi mereka masih belum memeluk Islam .
Beri Kepada Bukan Islam
Para ulama Asy-Syafi'i mengharuskan wakaf kepada golongan orang yang bukan Islam atau zimmi selama mana ia tidak bertujuan untuk melakukan maksiat . Kita dibolehkan bersedekah kepada golongan ini sebagaimana diharuskan wakaf kepada mereka .
Jika didapati ada kemungkinan penerima wakaf akan melakukan maksiat dengan harta tersebut , maka wakaf tersebut tidak sah kerana maksiat tersebut akan menghilangkan hikmah dan tujuan wakaf .
Syarat-syarat Berwakaf
- sempurna milik
- baligh
- waras
- tidak boleh dipindah milik
- tidak boleh diwarisi
Bentuk-bentuk Wakaf
- wang
- tanah
- emas
- perkhidmatan
Jenis-jenis Wakaf
1- Wakaf Am
Pewakaf tidak mempunyai niat khusus terhadap harta atau aset yang diwakafkannya dan ini terpulang kepada pihak wakaf untuk menguruskannya .
2- Wakaf Khas
Pewakaf sudah mempunyai niat khusus terhadap harta atau aset yang diwakafkannya .
Contoh : Untuk membina masjid , rumah anak-anak yatim dan sebagainya .
Kaedah-kaedah Berwakaf
- One-off - Pewakaf datang ke kaunter wakaf dan memberikan kesemua wang ingin diwakafkannya sekali gus .
- Potongan Gaji - Perlu melibatkan majikan masing-masing bagi urusan pemotongan gaji kakitangan kerajaan dan swasta .
- Melalui ejen penerangan dan terimaan sumbangan ( ejen penerangan individu atau korporat - www.wakafselangor.gov.my untuk senarai ejen ) .
- banking online
- 24 kunter Lembaga Zakat Selangor di seluruh Selangor .
No comments:
Post a Comment