Lalat Serangga Yang Hebat - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Tuesday, May 10, 2016

Lalat Serangga Yang Hebat


Lalat Serangga Yang Hebat | Lalat , walaupun sekadar seekor serangga yang kecil , tetapi ianya sangat hebat . Maha Suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu . Lalat memiliki keistimewaan yang tidak ada pada haiwan lain seperti

  • mampu menghidu sesuatu bau dari jarak sejauh dua kilometer .
  • memiliki penglihatan yang tajam iaitu dua mata yang setiap satunya memiliki 4000 lensa yang membolehkan mereka melihat dari segenap arah .
  • memiliki jangka hayat yang pendek . Kajian menunjukkan jangka hayat seekor lalat hanya selama 30 hari sahaja .

Lalat Serangga Yang Hebat


Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 73 yang bermaksud :

" Wahai mat manusia , inilah diberikan satu misal perbandingan , maka dengarlah engenainya dengan bersungguh-sungguh . Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah , yang lain dari Allah itu , tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya ; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka , mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya . ( Kedua-duanya lemah belaka ) , lemah yang meminta ( dari mendapat hajatnya ) , dan lemah yang meminta ( daripada menunaikannya ) . "

Ayat diatas merupakan sindiran dari Allah s.w.t. kepada orang-orang kafir yang menyembah tuhan-tuhan mereka selain dari Allah .

Sangat ajaib bila mana Allah s.w.t. menggunakan lalat sebagai perumpamannya , sedangkan masih banyak lagi haiwan lain yang lebih besar dan layak untuk diumpamakan .

Umum mengetahui , lalat adalah seekor haiwan yang kecil , kotor dan susah untuk menangkapnya . 

Apabila Allah  s.w.t.. menggunakan lalat sebagai perumpamaan , ia sebenarnya lebih berbentuk cabaran kepada tuhan kepada orang musyrik . Ini dapat dilihat daripada ayat tersebut , yang mana Allah s.w.t. mencabar tuhan-tuhan palsu itu untuk mencipta seekor lalat yang sama sepertimana yang Allah ciptakan .

Cabaran itu tentu sahaja tidak akan mampu dilakuk oleh mereka , bahkan tuhan mereka juga . Lantas , ia turut menjadi satu sindiran yang tajam kepada kaum musyrikin dan orang kafir . 

Penyembahan terhadap sesuatu yang tidak mampu untuk menciptakan . Satu ketidakcerdikan dan ternyata mereka telah dipermainkan oleh syaitan dek kerana percayakan tuhan palsu .




No comments:

Post a Comment