Surah al-Fatihah Dan Kelebihannya - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Sunday, May 1, 2016

Surah al-Fatihah Dan Kelebihannya



Surah al-Fatihah Dan Kelebihannya | Surah al-Fatihah dikategorikan sebagai dalam kumpulan srah makiyyah , iaitu surah yang diturunkan selepas hijrah . Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat tanpa basmallah . Sementara bilangan kalimah atau perkataannya pula dua puluh lima kalimah , sementara bilangan hurufnya ialah seratus tiga belas huruf .

Menurut al-Hafiz Ibn Kathir dalam karya beliau Tafsir al-Quran al-'Azim , dinamakan al-Fatihah kerana permulaan kepada bacaan ayat-ayat atau surah dalam al-Quran . Para sahabat pada awal pengumpulan dan penulisan al-Quran telah memulakan penulisan mereka dengan surah ini , justeru ia dinamakan Surah al-Fatihah .


Surah al-Fatihah Dan Kelebihannya

Nama Lain


Selain daripada nama Surah al-Fatihah , terdapat nama-nama lain yang diberikan kepada Surah Surah al-Fatihah . Antaranya ialah :


1- Surah Ummul Kitab iaitu Ibu Kitab


Faktor dinamakan Surah al-Fatihah sebagai ibu kitab ialah beberapa sebab , antaranya ialah kerana surah ini merupakan surah pertama yang ditulis dalam mashaf . Surah ini juga merupakan bacaan utama dan pertama dalam ibadah solat . 

Selain itu , terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa maksud dan makna bagi keseluruhan ayat dan surah dalam al-Quran merupakan tafsiran dan terjemahan kepada Surah al-Fatihah .

Menurut Ibn Jabir , dalam masyarakat Arab menurut kebiasaannya panggilan atau maksud Ummul ( ibu ) ialah sesuatu perkara yang dijadikan rujukan atau individu yang mempunai pengikut . Ini berdasarkan kepada satu syair yang diungkapkan oleh seorang penyair di zaman jahiliah yang bernama Zi al-Rummah :

Di atas kepalanya ( akal ) ialah ibu bagi kami , kami mengikut dengannya segala urusan dan perkara , kami tidak sekali-kali mengingkari setiap arahannya .

Makkah juga dinamakan Ummul Qura kerana Makkah pada zaman kegemilangannya menjadi tempat tumpuan dibandingkan kawasan sekitarnya . Makkah menjadi tumpuan kerana terdapatnya Kaabah , air zam-zam dan merupakan kota metropolitan pada zamannya . Seluruh kawasan sekitarnya menjadikan kota Makkah sebagai tempat tumpuan dalam usaha memenuhi keperluan kehidupan .

Surah al-Fatihah juga dinamakan sebagai um al-Kitab kerana menurut ulama mufassirin , keseluruhan kandungan al-Quran merupakan huraian serta tafsiran kepada Surah al-Fatihah .

Imam Ahmad meriwayatkan hadis yang dinukilkan dari Abu Hurairah r.a. : Bahawasanya Rasulullah s.a.w.bersabda mengenai um al-Quran yang bermaksud :

" Ia ( al-Fatihah ) ialah ibu al-Quran dan ia merupakan tujuh ayat yang diulang-ulang dan ia merupakan al-Quran yang maha agung . "

Imam al-Tabari , meriwayatkan hadis yang juga dinukilkan oleh Abu Hurairah r.a. : Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Ia ( Surah al-Fatihah ) ialah ibu al-Quran dan ia merupakan pembuka al-Kitab dan ia merupakan tujuh ayat yang diulang-ulang . "

2- Tujuh Ayat Yang Diulang-ulang ( Sab'ul Matsani ) 


Surah al-Fatihah dinamakan juga dengan ( Sab'ul Matsani ) kerana surah ini sentiasa diulang-ulang dalam solat . Ia wajib dibaca pada tiap-tiap rakaat dan tidak sah solat yang tidak dibaca Surah al-Fatihah .

Kelebihan Surah al-Fatihah


Imam Ahmad menukilkan hadis yang diriwayatkan daripada Abi Sa'id al-Mu'ala r.a. :

" Aku akan memberitahu engkau surah yang paling agung keutamaannya dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid , kemudian Baginda memegang tanganku , apabila Baginda berjalan keluar dari masjid , lantas aku berkata : " Wahai Rasul , sesungguhnya Rasul pernah nyatakan kepadaku untuk memberitahu suarh yang paling agung keutamannya dalam al-Quran . " Lantas Baginda menjawab , " Ya , Baginda membaca Surah al-Fatihah , ia ( Surah al-Fatihah ) itu ialah tujuh ayat yang diulang-ulang dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku . "

Manakala hadis riwayat al-Tarmizi sebagaimana direkodkan oleh Ubai bin Ka'ab r.a. : Sabda Rasulullah s.a.w. :

" Tidak pernah diturunkan Allah s.w.t. dalam Taurat dan tidak juga dalam Injil seumpama ibu al-Quran ( al-Fatihah ) dan ia adalah tujuh ayat yang berulangan dan ia juga dibahagikan kepada-Ku dan kepada hamba-Ku . "

Daripada Abu Hurairah r.a. : Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Siapa sahaja yang solat dan dia tidak membaca dalam solat itu um al-Quran ( al-Fatihah ) maka solatnya itu tidak sempurna . " Lantas ditanya kepada Bilal : ' Kami sentiasa sahaja menjadi makmum di belakang imam ( apa yang perlu kami lakukan ? ) . ' Lalu Abu Hurairah menjawab : ' Bacalah al-Fatihah itu dalam diri engkau , kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : " Allah s.w.t. berfirman : " Aku telah bahagikan solat itu separuh diantara Aku dengan hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang mereak pohonkan . "



No comments:

Post a Comment