Ibnu Battutah Seorang Pengembara | Ilmuan Islam yang pertama menulis mengenai kisah pengembaraannya ialah Ibnu Batuttah . Bermula dengan merantau demi menunaikan ibadah haji , ia menjadi pencetus baginya merantau ke seluruh dunia . Akhirnya , dia berjaya mengembara ke 40 buah negara termasuk negara India dan China . Tempoh pengembaraannya itu memakan masa selama 25 tahun dan sejauh 570,000 batu . Pengalaman mahal sepanjang kembaranya itu tercatat dalam kitabnya , Ar-Rihlah .
Ibnu Battutah berasal dari bandar Tangiers , Maghribi dan dilahirkan pada tahun 1304 Masihi . Nama penuhnya ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammadal-Lawati al-Tanji . Dia dilahirkan dalam keluarga yang terlibat dalam bidang kehakiman . Sejak kecil , Ibnu Battutah telah menghafal al-Quran . Dia juga menguasai ilmu agama serta ilmu sastera yang dipelajari daripada bapanya sendiri . Ini kerana ayahnya merupakan seorang ilmuwan sastera Arab yang masyhur di Tangiers .
Apabila umurnya genap 20 tahun , ayahnya bersuara ,
" Ramai ahli keluarga kita menjadi hakim di Maghribi dan Andalusia . Ayah berharap kamu juga akan menurut kejayaan keluarga kita ini . "
Apakah jawapan Ibnu Battutah ?
" Ayah , saya tidak mahu duduk diam pada satu tempat , sebaliknya saya ingin sekali melihat dunia luar ! "
Ayahnya bertanya dengan penuh kehairanan :
" Kamu hendak ke mana anakku ? "
Jawab Ibnu Battutah :
" Saya belum memikirkannya lagi ayah , tapi izinkan saya membaca buku-buku cerita di pantai . "
Ibnu Battutah begitu akrab dengan pantai Tangiers . Sambil membaca sesekali dia merenung ke arah laut lalu membayangkan angan-angannya untuk menaiki kapal lalu belayar jauh dari tanah kelahirannya .
Akhirnya , pada satu malam , Ibnu Battutah berterus terang :
" Ayah , saya merasa mahu pergi menunaikan haji . Saya akan mengikuti kafilah ( rombongan pengembara ) dari sini ke Makkah . In shaa Allah , selepas menunaikan haji itu , saya berazam untuk melawat negara-negara lain pula . "
" Adakah kamu yakin dengan keputusanmu itu ? "
Tanya ayahnya semula , tidak dapat lari daripada perasaan bimbang keselamatan anaknya itu
No comments:
Post a Comment