Cara Mudah Solat Sunat Taubat - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Friday, May 13, 2016

Cara Mudah Solat Sunat Taubat



Cara Mudah Solat Sunat Taubat | Solat sunat taubat perlu kita lakukan seawal sebelum masuk tidur . Ini kerana kita tidak tahu sama ada kita akan terjaga semula pada esok paginya . Solat sunat taubat boleh juga dilakukan pada 1/3 malam iaitu pada jam 3.00 ketika berqiamullail .

Cara Mudah Solat Sunat Taubat

Cara Mudah Solat Taubat


Cara melakukan solat sunat taubat mudah sahaja . Solat sunat taubta boleh dilakukan semudah dua rakaat . Bacaan surahnya juga adalah yang terdapat bada surah-surah lazim . Berikut adalah cara-cara membuat solat sunat taubat .


1- Niat


" Sahaja aku melakukan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala . "

2- Bacaan


Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun . Manakala pada rakaat kedua hendaklah membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas .


3- Bertasbih


Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua , iaitu selepas membaca tasbih biasa , bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali .


4- Istighfar


Banyakkan beristighfar slepas memberi salam . " Astarghfirullah al-Adzim " .

5- Doa Taubat


Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapa keampunan daripada Allah . Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat . Anggaplah seolah-olah sekejap lagi kit akan mati .





No comments:

Post a Comment