Cara Yang Betul Memakai Cincin Mengikut Sunnah - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Thursday, May 5, 2016

Cara Yang Betul Memakai Cincin Mengikut Sunnah


Cara Yang Betul Memakai Cincin Mengikut Sunnah | Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w . Baginda juga suka memakai cincin . Daripad Saidina Ali r.a. menceritakan : 

" Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincinnya ditangan kanannya . "
( Riwayat Imam at-Tirmizi )


Cara Yang Betul Memakai Cincin Mengikut Sunnah

Cara Yang Betul Memakai Cincin Mengikut Sunnah


Berikut dikongsikan cara pemakaian cincin mengikut sunnah Nabi s.a.w .

1- Tangan Kanan


Rasulullah s.a.w. memakai cincin di jari tangan kanannya . Jabir bin Abdullah meriwayatkan :

" Nabi s.a.w memakai cincin di jari tangan kanan beliau "
( Riwayat Tirmizi , Ibnu Najah dan Abu Syaikh )

2- Jari Terbaik


Terdapat beberapa jari ditangan kanan yang dipakai oleh Rasulullah s.a.w. 

Bagi lelaki , cincin sunat dipakai di jari kelengkeng . Selain itu , makruh memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah .

Sayidina Ali r.a. berkata : 

" Rasulullah s.a.w. telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya ( jari tengah atau jari hantu ) . "
( Riwayat Muslim , Abu Daud , al - Tirmzi dan al-Nasai )


3- Jenis Cincin


Bagi kaum perempuan , boleh memakai apa sahaja jenis cincin . Sama ada cincin emas atau perak . Sebaliknya , memakai cincin emas adalah haram bagi orang lelaki .

Ibnu Umar meriwayatkan :

" Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincin yang diperbuat daripada perak dan Baginda menghadapkan batu permatanya ke tapak tangannya . Diukir padanya perkataan ' Muhammad Rasulullah ' (Muhammad Pesuruh Allah ) serta ditegah kepada orang lain daripada menambah ukiran tulisan padanya , dan cincin tersebut terjatuh daripada Mu'aiqib ke dalam Telaga Aris . "
(Riwayat Tirmizi )


4- Perhiasan 


Cincin merupakan perhiasan untuk orang perempuan . Justeru , perempuan boleh memakai cincin jenis emas ataupun perak . Selain itu , tiada yang mengatakan tangan kiri atau kanan . Namun , lebih manis ianya dipakai pada jari tangan kanan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. 

Kaum lelaki juga dibolehkan untuk memakai cincin perak sebagai perhiasan mereka . Nabi s.a.w. melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah kerana meniru cara perhiasan kaum yang dilaknat oleh Allah s.w.t. iaitu kaum yang derhaka pada zaman Nabi Lut a.s.


Kesimpulan 


Cincin adalah sangat unik dan istimewa . Pakailah dengan sifat sederhana . memadailah hanya sebentuk cincin sahaja , Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada sifat riak dan sombong . Oleh sebab itulah , Rasullulah s.a.w menghadapkan batu permatanya ke tapak tangannya .



No comments:

Post a Comment