Tukar Jantina , Hubungan Sejenis Diharamkan Dalam Islam | Allah s.w.t. mencipta manusia dengan membekalkan alat-alat penting untuk dipergunakan ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan seperti mata untuk melihat , telinga untuk mendengar , kaki dan tangan digunakan untuk bergerak , bekerja dan sebagainya .
Mungkin ada yang menganggap betapa malangnya seseorang dilahirkan dalam keadaan mempunyai dua alat kelamin , sehinga statusnya bukan lelaki dan bukan perempuan tetapi khunsa .
Anggapan sedemikian adalah tidak benar kerana hakikat kebahagiaan bukan hanya bergantung kepada alat kelamin semata-mata . Bagi golongan ini , lazimnya mereka masih dibekalkan dengan pacaindera pendengaran , penglihatan dan hati atau akal . Ketiga-tiganya harus dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu dan kemahiran hidup . Mereka harus menyedari bahawa hidup di dunia ini sebagai satu ujian . Oleh itu , mereka perlu bersabar , beriman , beramal soleh dan menjaga adab kesopanan .
Bagaimanapun , sebagai manusia biasa , kita menyedari bahawa mereka tidak terlepas daripada keinginan nafsu . Dalam hal ini , jika sekiranya seseorang itu mempunyai keinginan yang lebih dan alat kelaminnya lebih kuat kepada lelaki , hukum syarak membenarkan supaya dilakukan pembedahan ke atas individu berkenaan bagi memilih alat lelaki itu dapat berfungsi sebagai lelaki dan membuang alat wanita yang kurang berfungsi .
Demikian juga sebaliknya , jika seseorang itu alat wanitanya lebih kuat daripada alat lelakinya , maka dia dibenarkan memilih jantinanya hanya kepada wanita sahaja dengan dilakukan pembedahan oleh doktor pakar ke atas dirinya .
Manusia yang berakal juga perlu mengawal nafsunya dengan cara melalui saluran bersih dan halal seperti pernikahan antara lelaki dan perempuan . Hal ini sesuai dengan tuntutan fitrah manusia yang menyukai keindahan dan kebaikan .
Andai mempunyai pegangan agama dan hidup yang jitu , maka tidak adalah perempuan berlagak lelaki dan berpasangan dengan golongan sejenis untuk memuaskan nafsu yang diistilahkan sebagai ' lesbian ' atau dalam bahasa Arab disebut ' sahaq '
Demikian juga ada lelaki berlagak seperti wanita yang sanggup berkorban untuk memuaskan nafsu sesama lelaki melalui dubur ( liwat atau homoseksual ) atau dengan cara ' menjembakan ' memuaskan nafsu melalui celah dua peha atau sebagainya secara bergilir .
Amalan yang kotor dan jijik itu diharamkan dalam Islam dan orang yang melakukannya berdosa besar . Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
" Apabila seorang lelaki mendatangi lelaki yang lain ( homoseks ) , maka mereka berdua telah berzina . Dan apabila seorang perempuan mendatangi seorang perempuan lain ( lesbian ) maka mereka berdua juga telah berzina . "
( Riwayat al - Baihaqi ) .
" Sesiapa yang kamu temui telah melakukan perbuatan aum Nabi Luth ( homoseksual ) , maka bunuhlah kedua-dua pelakunya . "
( Riwayat Abu Dawud , Tirmizi , Nasai dan Ibnu Majah )
Justeru , marilah kembali kepada petunjuk agama dengan memahami dan menghayati pengajaran al-Quran dan al-Sunnah . Semoga kehidupan diri dan keluarga serta ummah dalam kesejahteraan dan keredhaan Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud :
" Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara , yang kamu sekali - kali tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh ajaran kedua-duanya , iaitu Kitabullah ( al-Quran ) dan Sunnah Rasulullah ( al-Hadis ) . "
( Riwayat Imam Malik )
No comments:
Post a Comment