Melakukan Tugas Adalah Satu Ibadah - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Tuesday, May 3, 2016

Melakukan Tugas Adalah Satu Ibadah



Melakukan Tugas Adalah Satu Ibadah | Sempena hari pekerja pada 1 Mei ini , adalah lebih baik kita menghayati erti sebenar melakukan tugas atau bekerja yang diamanahkan kepada kita menurut perspektif Islam supaya kita lebih faham erti perlunya keberkatan dan amalan berpahala di sisi Allah .


Melakukan Tugas Adalah Satu Ibadah

Keikhlasan


Dalam melakukan apa kerja sekalipun walaupun sekadar membantu , kita perlukan keikhlasan . Keikhlasan itu perlu sepenuhnya kerana Allah kerana ia merupakan sebahagian dari amal ibadah kita . 

Hati yang ikhlas akan menjadikan kita lebih tenang dan seronok melakukan tugas yang diamanahkan kepada kita . Malah lebih mudah untuk kita menyelesaikan kerja kita walaupun terdapat masalah yang melanda .

Apabila kita melakukan kerja dengan penuh keikhlasan sebagai ibadah di sisi Allah , in shaa Allah , ianya akan menjadi benteng kepada kita daripada terjebak dalam sebarang kancah salah laku yan bertentangan dengan etika bekerja juga tuntutan agama .


Amanah


Rasulullah s.a.w. sewaktu hidupnya pernah memberitahu kita bahawa nilai sikap amanah adalah elemen diri pertama yang akan hilang daripada seseorang Muslim .

Sabda baginda s.a.w. yang bermaksud :

" Yang pertama hilang daripada urusan agama kamu adalah amanah dan yang terakhir adalah solat . "
( Riwayat Albani )

Hakikat ini sudah menjadi satu realiti masa kini . Gejala pecah amanah dan banyak lagi amalan kerja yang menyeleweng sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan pekerja .

Justeru , kita kena kembali menginsafi diri dengan berusaha memperelokkan urusan sesuatu pekerjaan dilaksanakan agar sikap amanah sentiasa terterap di jiwa .

Sesungguhnya pekerja yang melakukan penyelewengan dan salah laku ketika bertugas adalah pembelot kepada amanah yang diserahkan kepadanya .

Melakukan penghianatan dan penyelewengan dalam sebarang bentuk adalah tindakan yang menunjukkan terhakisnya nilai amanah terhadap tugas .

Rasulullah s.a.w. dengan tegas mengingatkan umatnya :

" Tunaikanlah amanah kepada yang memberi amanah kepada kamu dan janganlah kamu menghianati orang yang menghianati kamu . " 
( Hadis riwayat Abu Daud dan at -Tirmidzi )

No comments:

Post a Comment