Latihan Puasa Untuk Kanak-kanak | Apa-apa juga ibadah terutamanya melaksanakan solat dan puasa adalah diakui berat untuk dilakukan kecuali disertai dengan iman yang teguh dan latihan sejak kecil .
Latihan Puasa Untuk Kanak-kanak
Lantaran itu , ibu bapa Muslim hendaklah melatih anak-anak-anak mereka untuk melunaskan kewajipan ini semenjak di peringkat umur pra sekolah lagi .
Usia 4 Tahun
Pada usia ini kanak-kanak dilatih berlapar dan dahaga selama kira-kira lima hingga enam jam . Kemudian secara berperingkat , dipanjangkan tempohnya sehingga tujuh atau lapan jam . Apabila pada umurnya tujuh tahun , disuruh puasa sepenuh hari .
Usia 10 Tahun
Apabila mencecah usia 10 tahun , hendaklah dipaksa berpuasa . Jika enggan , barulah boleh dipukul dengan tujuan mendisiplinkan . Hal ini dikiaskan dengan perintah mendirikan solat yang bermaksud :
" Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun ; dan pukullah mereka apabila berumur 10 tahun ( jika tidak mahu mengerjakan solat ) . "
Ganjaran
Menyediakan ganjaran berbentuk hadiah juga menjadi faktor yang dapat merangsang kanak-kanak untuk berpuasa serta melakukan ibadah-ibadah yang lain . Ada kewajarannya kerana Allah s.w.t. sendiri menjanjikan pahala dan balasan syurga kepada hamba-hamba-Nya yang taat , sebaliknya balasaan seksaan bagi mereka yang ingkar .
Pun begitu , pendidikan Islam mestilah terus dipertingkatkan sehingga memperoleh maqam yang tinggi . Ketika itu :
" Beribadat bukan kerana mengharapkan hadiah ( balasan syurga ) dan bukan kerana takutkan seksaan api neraka , tetapi semata-mata kerana cinta kepada Allah . "
No comments:
Post a Comment