Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Tuesday, June 7, 2016

Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah


Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah | Solat Tarawih dan solat witir merupakan solat yang dilakukan pada bulan Ramadhan . Hukum melakukan solat tarawih adalah sunat muakkad . Bagi lelaki , lebih baik melakukan solat tarawih di masjid secara berjamaah . Selain lebih khusyuk , terdapat juga tadarus beramai-ramai selepas selesai solat tarawih .

Bagi kaum wanita , anda digalakkan melakukan solat tarawih di rumah sahaja . Ini lebih baik kerana selain menjaga aurat dan mengelak dari berlakunya maksiat mata , yang bergelar ibu lebih mudah untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil .

Bagi Para ibu . wanita yang belum pernah melakukan solat tarawih di rumah , berikut ada cara mudah untuk anda melakukannya .

Solat Tarawih


Solat Tarawih dilakukan sekurang-kurangnya 8 rakaat atau 20 rakaat mengikut kemampuan masing - masing . Berikut tertib melakukan solat tarawih dirumah .

1- Niat 

Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah

" Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala " .

2- Rakaat Pertama

  • Baca Surah Al Fatihah
  • Baca Surah al-Kafirun

3- Rakaat Kedua 

  • Baca Surah al-Fatihah
  • Baca Surah al-Ikhlas

4- Salam


Kemudian buat lagi 2 rakaat sama seperti langkah di atas dari 1 hingga ke-4 untuk cukupkan 4 rakaat .

5- Baca Doa


Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah

6- Selesai baca doa di atas , ulang semula langakah ke 1 dan ke 4 .

7- Baca doa Tarawih di bawah .


Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah


Solat Witir



Solat witir dilakukan sebanyak dua rakaat dan juga satu rakaat .

Solat witir 2 rakaat


1- Niat


Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah

" Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Ta'ala ".

2- Rakaat Pertama

  • Baca surah al-Fatihah
  • Baca Surah al-Ikhlas

3- Rakaat Kedua

  • Baca surah al-Fatihah
  • Baca surah al-Falak

4- Salam


Solat Witir 1 rakaat


1- Niat


Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah

" Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala . "

2- Baca surah al-Fatihah

3- Baca surah an-Nas

4- Salam

5- Doa witir


Panduan Mudah Buat Solat Terawih Dan Witir Di Rumah





No comments:

Post a Comment