Mandi Wajib | Mandi Wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang yng sudah baligh . Ia juga dikenali sebagai mandi hadas besar .
Tanda baligh adalah keluar air mani bagi kanak-kanak lelaki seperti bermimpi yang menyebabkan keluar air mani . Manakala bagi kanak-kanak perempuan pula adalah keluar darah haid .
Apa Yang Menyebabkan Kita Mesti Mandi Wajid ?
1- Keluar air mani secara sengaja atau tidak sengaja
2- Keluar darah haid dan nifas bagi perempuan
3- Melakukan hubungan kelamin .
Bagaimana Cara Mandi Wajib ?
1- Niat mandi wajib
" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala . "
2- Ratakan seluruh badan dengan air yang suci . Dari kepala hingga ke kaki . Pastikan air terkena di seluruh kawasan badan terutama di tempat-tempat yang ada lipatan seperti celah ketiak , belakang lutut serta bahagian dubur .
Sekiranya tidak mandi wajib , apa akan berlaku ?
Semua amalan yang dilakukan adalah tidak sah . Diri dalam keadaan berhadas iaitu berkeadaan kotor . Solat tidak diterima Allah s.w.t.. Memegang dan membaca al-Quran pun tidak boleh . Jika berpuasa pun tidak sah . Hal ini supaya amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. Menjadikan diri kia suci .
No comments:
Post a Comment