Ummu Saad Ibu Para Pahlawan - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Monday, May 9, 2016

Ummu Saad Ibu Para Pahlawan


Ummu Saad Ibu Para Pahlawan | Ummu Saad adalah nama panggilan untuk Kabsyah binti Rafi' . Beliau adalah ibu bertuah yang menyebabkan arasy Allah S.W.T bergoncang kerana kesyahidan anak-anaknya di medan perang .

Ummu Saad Ibu Para Pahlawan


Sesungguhnya beliau adalah seorang ibu yang sangat bahagia . Pernikahannya dengan Muadz bin an-Nu'man dikurniakan dengan anak-anak yang hebat dalam sejarah Islam seperti Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz . Anak beliau merupakan pemegang panji peperangan dari golongan Ansar , ahli syura majlis Rasulullah S.A.W. dan juga merupakan wakil baginda semasa perang Buwath .

Dalam Perang Badar , beliau meniupkan semangat kepada kedua-dua anaknya , Saad bin muadz dan Amru bin Muadz untuk keluar berjihad semata-mata kerana Allah sehinggaah pihak Islam mendapat kemenangan .

Dalam Perang Uhud pula , beliau diuji dengan berita kesyahidan anaknya , Amru bin Muadz . Namun beliau tidak bersedih , sebaliknya Ummu Saad mengucapkan berbanyak kesyukuran dan berkata kepada Rasulullah S.A.W. :

Selagi aku melihat engkau ( Rasulullah ) dalam keadaan yang selamat , maka musibah ini ( kematian Amru bin Muadz ) terasa sangat ringan . "

Saat Perang Khandaq meletus , kaum wanita dan kanak-kanak berlindung di dalam benteng Bani Haritsah . Ketika itu , Sayidatina Aisyah memberitahu Ummu Saad bahawa Saad bin Muadz menyertai pasukan perang sambil menyandang tombak dengan mengenakan baju besi yang pendek , sehingga mendedahka keseluruhan tangannya . Namun bukan beliau menasihati anaknya agar pergi menukar pakaian perang yang lain , sebaliknya beliau meniupkan semangat jihad dengan berkata ; 

" Wahai anakku , cepatlah berangkat . Demi Allah , engkau sudah terlambat . " 
Dalam peperangan Khandaq , Saad terkena anak panah yang memutuskan urat dikakinya dan telah menyebabkan kematiannya .

Sekali lagi , Ummu Saad diuji dengan kehilangan anaknya di medan perang namun beliau terus bersabar dan kuat menghadapi ujian walaupun kesedihan jelas terpancar diwajahnya . Lalu Rasulullah S.A.W menghiburkan beliau dengan bersabda yang bermaksud :

" Adakah air matamu tidak dapat dibendung dan apakah kesedihanmu tidak dapat dihilangkan ? Sesungguhnya anakmu adalah orang pertama , Allah tersenyum kepadanya dan Arasy bergoncang kerana kematiannya . "

Begitulah hebatnya cinta Ummu Saad kepada Allah dan Rasul . Maka sebab itulah beliau layak menerima berita gembira daripada Allah dan Rasulullah S.A.W.

Wahai Ummu Saad , terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka , bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga , semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya . "

Baginda turut mendoakan Ummu Saad dengan doa yang istimewa :

Ya Allah , singkirkan kesedihan hati mereka , ringankanlah musibah mereka dan berilah pengganti yang baik bagi orang-orang yang mereka tinggalkan . "

No comments:

Post a Comment