Zainab Al-Ghazali Pejuang Muslimah Akhir Zaman - ILMU UNTUK DIAMAL

Latest

Pesan Nabi : " Sampaikanlah dariku walau sebaris ayat . "

Facebook

BANNER 728X90

Sunday, May 8, 2016

Zainab Al-Ghazali Pejuang Muslimah Akhir Zaman



Zainab Al-Ghazali Pejuang Muslimah Akhir Zaman | Zainab al-Ghazali adalah penggerak perjuangan muslimah di Mesir pada 1936 sehingga 2005 . Zainab al-Ghazali dilahirkan di al-Bihira , Mesir pada 1917 . Sejak berusia 18 tahun , beliau mengetuai persatuan muslimah bagi menyebarkan dakwah Islamiyah di Mesir . 

Selepas Hasan al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin , Zainab al-Ghazali turut menyokong dan aktif sebagai Ketua Muslimat Ikhwanul Muslimin . Beliau menjelaskan bahawa Islam tidak menghalang kaum wanita untuk aktif dalam persatuan , berpolitik dan menyuarakan pandangan . Namun , setiap wanita perlulah menyempurnakan tugas utama mereka dahulu iaitu enjadi seorang isteri dan ibu . Selepas suaminya meninggal dunia , Zainab al-Ghazali memberikan lebih banyak perhatian kepada kerja-kerja dakwah .

Zainab Al-Ghazali Pejuang Muslimah Akhir Zaman


Dizalimi Kerajaan Mesir


Kerajaan Mesir yang diketuai Jamal Abdul Nasir mengharamkan Ikhwanul Muslimin yang dituduh ingin menggulingkan kerajaan . Ramai pemimpin utama telah dipenjara dan dibunuh meninggalkan janda dan anak-anak kecil .

Kerja-kerja Zainab al-Ghazali semakin banyak untuk membantu golngan ini . Beliau terpaksa bergerak secara rahsia agar tidak diketahui oleh kerajaan . 

Salah seorang pemimpin utama Ikhwanul Muslimin yang ditangkap adalah Syed Qutb . Beliau banyak menulis buku tentang perjuangan Islam termasuklah kitb tafsir yang besar , Tafsir Fi Zilalil Quran . 

Melalui Zainab al-Ghazali , buku-buku Syed Qutb dapat diterbitkan dengan judul Maalim fit Thoriq . Buku ini kemudiannya menjadi rujukan perjuangan Zainab al-Ghazali dengan muslimah yang berada di luar penjara .

Namun , aktiviti mereka dapat dihidu kerajaan Jamal Abdul Nasir . Zainab al-Ghazali ditangkap dan disubatkan dalam penjara . 

Antara seksaan yang dikenakan kepadanya adalah dipukul dengan tongkat dan cemeti , digantung kaki ke atas , direndam dalam air seharian serta dikurung bersama anjing-anjing garang dalam satu sel .

Zainab al-Ghazali bertawakal kepada Allah . Bibirnya tidak putus berzikir dan berkata :

" Cukuplah Allah S.W.T menjadi penolong kami dan Allah S.W.T. sebaik-baik pelindung . "

Mohon Doa Pada Allah


Sewaktu tubuhnya diserang , sekumpulan anjing , Zainab al-Ghazali membaca doa berikut :

" Ya Allah , sibukkanlah aku dengan (mengingati ) -Mu , hingga melupakan selain-Mu . Sibukkanlah aku dengan ( mengingati ) - Mu , wahai Tuhanku . Wahai zat Yang Maha Esa , wahai zat yang menjadi tempat bergantung . Bawalah aku dari alam kasar ( dunia ) ini . Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu . Sibukkanlah aku dengan ( mengingati) -Mu , bawalah aku di hadirat-Mu . Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu . Liputilah aku dengan pakaian kecantikan-Mu . Berilah padaku rezeki mati syahid dijalan-Mu . Kurniakanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu , keredhaan pada ( ketentuan) -Mu dan ya Allah , teguhkanlah diriku , sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah ! "


Dakwah Islam


Alangakh ajaibnya , ketika Zainab dibawa keluar dari sel yan penuh dengan anjing , badannya seolah-olah tidak digigit bahkan pakaiannya bersih daripada kotoran darah . Zainab al-Ghazali juga tidak merasa sakit lagi . Dia amat bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah meringankan penderitaannya dalam penjara .

Pada tahun 1971 , Zainab al-Ghazali dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman selama enam tahun . Beliau terus istiqamah memperjuangkan dakwah Islam sehinggalah meninggal dunia pada usia 88 tahun . Perjuangan yang ditinggalkan Zainab al-Ghazali diwariskan kepada generasi muda muslimah di seluruh dunia .


No comments:

Post a Comment