Maimunah Al - Haris Isteri Terakhir Rasulullah | Ketika Rasulullah dan para sahabat sedang melakukan umrah di Mekah , ada seorang wanita yang terpesona dengan tingkah laku Rasulullah . Malah dalam diam dia mula menaruh perasaan terhadap Baginda .
Maimunah Al - Haris Isteri Terakhir Rasulullah
Wanita tersebut bernama Barrah binti Al-Haris bin Hazan bin Bujair al- Amiriah al-Hilaliyah . Ibunya Hindun binti Auf dan sebelum ini seorang anak perempuan Hindun iaitu Zainab binti Huzaimah pernah berkahwin dengan Rasulullah selama lapan bulan sebelum meninggal dunia dalam usia yang muda .
Barrah dikategorikan sebagai wanita yang berkedudukan tinggi . Dia pernah berkahwin dengan Mas'ud bin Amru bin Umair as-Saqafi . Selepas suaminya yang pertama meninggal dunia , dia dikahwini pula oleh Abu Ruhm bin Abdul Uzza bin Abu Qais sehinggalah suaminya itu meninggal dunia .
Wanita yang berusia 26 tahun dan telah menjadi janda itu telah meluahkan isi hatinya kepada Ummi Fahdl , yang merupakan isteri al-Abbas , bapa saudara Rasulullah sendiri dengan harapan wanita itu akan menjadi orang tengah mereka .
Dalam satu riwayat bagaimanapun menceritakan , Barrah yang menawarkan dirinya pada Rasulullah seperti yang diceritakan oleh al-Quran melalui surah al-Ahzab : 50 yang bermaksud :
" ... dan Kami telah halalkan bagimu mana - mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya pada Nabi ( untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin ) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya , perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata - mata , bukan bagi orang yang berima umumnya ... "
Bernikah
Selesai mengerjakan ibadat selama tiga hari , rombongan Rasulullah berangkat keluar dari Mekah . Dalam perjalanan pulang ke Madinah , di suatu tempat bernama Saraf , rombongan Barrah pun tiba . Baginda mengahwini Barrah pada Syawal tahun ketujuh Hijrah selepas mewakilkan sepupunya Jaafar bin Abu Talib untuk melamar wanita itu selepas mendapat berita mengenai perasan Barrah yang disampikan oleh al-Abbas .
Kediaman Rasulullah menerima seorang lagi isteri dan kehadiran Barrah sebenarnya ibarat menggantikan kakaknya Zainab yang hanya sempat menjadi isteri Rasulullah selama beberapa bulan . Rasulullah menukarkan nama Barrah kepada Maimunah yang bermaksud ' si bahagia ' kerana kebetulan Rasulullah mengahwininya ketika mereka dalam saat gembira selepas memasuki Mekah untuk menunaikan ibadah umrah .
Meninggal
Maimunah merupakan isteri terakhir Rasulullah ( Ummul Mukminin terkahir ) dan dia selalu mengenangi saat manis ketika dinikahkan dengan Rasulullah di Saraf sehingga dia mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di Saraf seandainya dia meninggal dunia . Wanita ini meninggal dunia pada usia 81 tahun , pada tahun 51 Hijrah dan disemadikan di bawah sebuah kubah di Saraf .
Hadis
Maimunah pernah meriwayatkan sebanyak 76 hadis daripada Rasulullah tetapi yang dicatatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam sahih masing - masing sebanyak 13 dan yang di muttafaq alaih antara kedua-duanya adalah tujuh buah .
Sangat Bertqwa
Keperibadian Maimunah pernah dicatatkan oleh Siti Aisyah Abu Bakar sebagai " Demi Allah , dia orang yang paling bertaqwa antara kita semua dan sangat gemar membantu kaum keluarga
No comments:
Post a Comment